Tuesday, 19 July 2016

Kampung Kuala Sibuti

Kampung Kuala Sibuti terletak jauh dari Pekan Bekenu.  Perjalanan menuju ke kampung ini perlu melintasi Kampung Kelulit iaitu sejauh 6 kilometer.  Kampung saya ini terletak di hujung antara muara sungai dan pantai.  Penduduk kampung kebanyakannya adalah nelayan.



Ini merupakan laluan menuju ke kampung saya.  Laluan ini merupakan laluan utama bagi penduduk Kampung Kuala Sibuti.  

Penduduk kampung saya juga mengusahakan aktiviti menternak kambing.   Menternak kambing adalah aktiviti sampingan jika  musim tengkujuh tiba.  Selain itu, penduduk kampung juga menjalankan aktiviti perniagaan, iaitu perniagaan ikan kering, keropok goreng dan belacan.



Ini merupakan antara kambing-kambing bebas berkeliaran tanpa perlu diletakkan di dalam kandang.  Ruang yang diperlukan juga sedikit dan hanya menggunakan kawasan pantai sahaja.

Aktiviti ekonomi utama penduduk disini adalah melalui perikanan.  Kebnyakkan mereka menjadi nelayan.  Kemudiannya, pemborong akan membawa ikan-ikan tersebut ke pekan.  Kampung Kuala Sibuti merupakan kampung utama yang menjadi pembekal ikan-ikan segar  dan makanan laut bagi komuniti setempat di Pekan Bekenu.  


Ini merupakan pantai utama yang menjadi laluan para nelayan turun ke laut.   Selain itu, pantai ini juga menjadi tumpuan para pemancing yang pastinya tidak pulang dengan tangan kosong.

Ekonomi penduduk Kampung Kuala Sibuti ini adalah tidak menentu.  Hal ini kerana, jika musim tengkujuh para nelayan tidak dapat turun ke laut.  Namun mereka bijak, menternak kambing merupakan alternatif lain bagi menampung kos sara hidup yang makin meningkat ini.



















No comments:

Post a Comment